Tuesday, December 14, 2010
Solat Dhuha – Murahkan rezeki, menolak kepapaan
Posted by Blog Online Untuk semua at 8:31 AM 0 comments
Hadith : Allah Maha Penyayang
Dari Anas r.a, katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
‘ Telah berfirman Allah Ta’ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.
Posted by Blog Online Untuk semua at 7:39 AM 0 comments
Hadith : Maksud Hadis Nabi
Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Aku hanya menerima solat dari orang yang merendahkan diri kerana keagunganKu dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhlukKu, tiada terus menerus bermaksiat padaKu, menghabiskan masa harinya berzikir kepadaKu, berbalas kasih kepada orang miskin, orang musafir-ibnussabil- perempuan janda dan orang yang terkena musibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaranKu dan memerintahkan malaikatKu menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhlukKu laksana “firdaus” diantara barisan syurga”. (Hadis Riwayat Al-Bazzar dari Ibnu Abbas)
Posted by Blog Online Untuk semua at 7:33 AM 0 comments
Hadith : Hikmah memberi Salam
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; “Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur” ( Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib )
Posted by Blog Online Untuk semua at 7:27 AM 0 comments
Hadith : Empat Kunci Kemurkaan
Hadith : |
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda:” Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis.” (At-Tabrani dan al-Baihaqi) |
Posted by Blog Online Untuk semua at 6:48 AM 0 comments
Kesabaran Rasulullah Saw Dalam Berdakwah
Jundub Ibn Sufyan r.a menerangkan:”Bahawasanya Rasulullah SAW pada suatu hari berada di dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari baginda sudah berdarah. Maka berkatalah Rasulullah SAW :”Engkau hai anak jari tiada lain melainkan anak jari yang telah berdarah dan di jalan Allah apa yang telah engkau deritai.” (Bukhari dan Muslim) |
Posted by Blog Online Untuk semua at 6:43 AM 0 comments
Hadith : Kesempurnaan Iman
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka.” Riwayat At - Tirmidzi |
Posted by Blog Online Untuk semua at 6:32 AM 0 comments
Hadith : Meninggalkan Solat Jumaat
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Muslim) |
Posted by Blog Online Untuk semua at 6:16 AM 0 comments
Saturday, October 30, 2010
mutiara kata
Tanda kecintaan seorang hamba terhadap Allah adalah ia mendahulukan perkara-perkara yang dicintai Allah atas perkara-perkara yang dicintai oleh hawa nafsunya walaupun perkara-perkara dicintai Allah itu tidak disukai oleh hawa nafsunya; Ia membenci hal-hal yang dibenci oleh Allah walaupun hawa nafsunya senang kepadanya; Ia mencintai orang-orang yang mencintai Allah dan rasul-Nya dan memusuhi orang-orang yang dimusuhi-Nya; Dan ia akan berusaha untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam.
Posted by Blog Online Untuk semua at 5:47 AM 0 comments
Puisi Baru : Teruknya kite kan?
Teruknye kite kan?
Allah maha penyayang dan maha pemurah
Bile awak di duga dan bile awak mintak bersungguh2..
pasti Dia bagi
kekadang segan dan malu ngan Dia
kekadang bile kite kecewa..kite marah Dia..
kenape Dia bagi kite kecewa
kite kate Tuhan tak syg kite
tapi kite tak sedar..
kalo tuhan tak sayang kite.
dah lama Dia tarik nikmat mata kite..
dah lama Dia tarik nikmat lidah kite utk kite merasa
dah lama Dia tarik nikmat pergerakkan tangan dan kaki kite
tapi semua tue kite lupe
bile kite di duga skit dengan Dia..
kite terus marah2 kat Dia
Dia cuma nak ingatkan kite.
dah lama kite tak merayu pada Dia
dah lama kite tak menghadap Dia
Dia rindu tangisan taubat kite
Dia rindu tangisan rayuan dan penyesalan kite..di atas dosa2 kite pada Dia..
tapi Dia bagi dugaan skit jek
kite dah nak marah2 Dia.
teruk kan kite, wak?
Dia nak kite bertaubat..
sbb Dia nak ampun kan dosa kite.
tapi kite tak sedar
kite tetap engkar kat Dia..
teruknye kite......
ada dugaan yang Dia bagi kat kite..
sbb Dia nak kite sedar
kite sombong
kite tak gaks mintak ampun kat Dia..
Dia bagi dugaan lagi..
kite geramm.
kite marah2 kat Dia..
Dia bagi lagi dugaan..
kite fedup kite terus tinggal solat..
kite kate.."wat ape kite solat,..Tuhan tak syg kite"
kite tetap di duga.
sampai kite tak tahan dugaan Dia.
tuhan tak sayang kite..
tapi kite lupe
bile di duga..sbb tuhan syg sangat kat kite
Dia nak tingkatkan darjat kite..di sisiNya.
tapi kite tak sedar
bile berkali2 di duga..kite fedup..terus tinggal solat.
teruknye kite..
semua tue dan ape yang tuhan wat..sbb nak sedarkan kite..
tapi kite tak sedar
teruk tul la kite nie
seboleh2 tuhan nak ingatkan kite sebelum terlewat..
tak ramai kite2 yg ingat kat tuhan..
nnti bile kite mati..
dan bile kite mengadap tuhan..
baru kite nak rayu2 kat tuhan..
time tue dah takde maknenyee bagi Tuhan..
sbb peluang taubat yang tuhan kasik kat kite dah tertutup
kite nangis air mata darah pun tuhan tak moh dengar.
baru padan muke kite..
tue la masa idup sombong..
dah mati dah tak guna..
kite guling2 depan tuhan pun tuhan wat dek jek
pas2 kite dpt result..alamak..kite dah takde peluang nak tgk syurga
sedeynye time tue..
tapi semua dah terlewat..
ke neraka la tempat kite.
jadi sebelum terlewat kite kejar la perintah tuhan..
kite ra'i apa yang tuhan bagi..
kite redha apa yang tuhan bagi kite ujian.
ktie tawakal ape segala dugaan yang mendatang..
pasti..gerenti..tuhan ada bersama2 kite..cukuplah tuhan..bagi ku..tamat..!!
Posted by Blog Online Untuk semua at 5:41 AM 0 comments
Tazkirah untuk Sahabat Renungkan la
Iblis yang di laknat, menyuruhmu meninggalkan agama.
Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya.
Posted by Blog Online Untuk semua at 5:36 AM 0 comments
Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan
Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:
1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.
2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:
a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh.
d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur
Rasulullah.’
e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.
Renung - renungkan...
Posted by Blog Online Untuk semua at 5:25 AM 0 comments
Menutup Aurat Bagi wanita adalah WAJIB !! (Bukti dari Surah An Nur ayat 31)
Dari Surah An Nur Ayat ke 31
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Posted by Blog Online Untuk semua at 5:20 AM 0 comments
Thursday, October 28, 2010
nukilan untuk wanita akhir zaman
sedarlah
Posted by Blog Online Untuk semua at 5:38 AM 0 comments
Berkenalan Dengan Ciri - Ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah
[al-Qalam 68:04]
[al-Ahzab 33:21]
Demikian di antara dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang menerangkan tentang keutamaan dan kepentingan akhlak yang mulia. Berdasarkan dalil-dalil ini, ketahuilah bahawa kesahihan dan kematangan ilmu seseorang diukur berdasarkan akhlak dirinya.
Kesahihan dan kematangan ilmu tidak diukur dengan jumlah sijil yang dipegang, jumlah kertas kerja seminar yang dibentang atau jumlah hadis yang dihafal, tetapi diukur dengan akhlak yang ditampilkan. Semakin mulia akhlak yang ditampilkan, semakin sahih dan matang ilmu yang dimiliki.
Dengan itu juga, ketahuilah bahawa kedudukan seseorang sebagai Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan tahapnya dalam berpegang kepada ciri-ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dikenal dan diukur berdasarkan akhlak yang ditampilkannya dalam kehidupan harian.
Posted by Blog Online Untuk semua at 5:24 AM 0 comments
12 Barisan di Akhirat
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..
berpesan-pesan kepada kebaikkan walaupun sebaris ayat....
salam..
Posted by Blog Online Untuk semua at 5:20 AM 0 comments
Jika Engkau Merasakan Diri Mu Muslim
Posted by Blog Online Untuk semua at 5:16 AM 0 comments