BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Bismilah..

Al - Quran Online dan Tafsiran

Listen to Quran

Wednesday, October 27, 2010

Antara Iman dan Nafsu

kehidupan di dunia ini kadang kala penuh dengan dugaan. Yang di namakan dunia tidak lepas dari dugaan dan godaan. Antara iman dan nafsu, manusia kekadang terjelumus dengan pelbagai dosa - dosa yang sekecil - kecilnya hingga sebesar- besarnya. Mengapa ada pasang dan surut iman kita? kekadang aku sendiri termenung memikirkan antara iman dan nafsu. Antara iman dan nafsu sesuatu yang tidak dapat di jauhi dari diri kita sendiri. Sama ada iman rendah dan nafsu mengatasi keimanan seseorang menjadikan diri bertunjangkan nafsu. Tetapi apabila iman mengambil alih maka diri akan menjadi seperti malaikat. Mengapa mesti ada pertukaran antara iman dan nafsu?

aku termenung sejenak, mengapa kadang kala kita lalai mengikutkan nafsu kita dan meletakkan  iman serendah- rendahnya? dan mengapa juga pula kadang kala kita boleh meletakkan iman setinggi - tinggi nya dan melemparkan nafsu serakah sejauh - jauhnya dari diri kita?

mesti ada bahan reaktif kan semua itu bukan? itu la kerja syaitan, kerja iblis sentiasa menghasut dan mendorong kita supaya mengikuti nafsu dari iman kita sendiri. Macam mana nak halau syaitan dan iblis itu dari sentiasa ingin menguasai akal kita dan mengaitkan nafsu sebagai raja yang memerintah wilayah diri kita?


bermujahadahlah..berzikir lah..dan sentiasa mengingat mati..sentiasa melawan nafsu. kita juga boleh melawan nafsu dengan mengawal diri dari pergi ke tempat - tempat yang boleh mendatangkan fitnah dan sentiasa mengawal pertuturan kita. sentiasa mengingati azab neraka...sentiasa mengingati pembalasan bagi orang- orang yang ingkar dengan perintah Allah.Saya tahu, cakap memang mudah...contohnya bila kita baru berjinak- jinak ingin berzikir, pada mulanya kita akan rase malas, tapi lawan lah..teruskan zikir kerna apabila kita capai kenikmatan berzikir dan bermujahadah hati kita akan jadi tenang walaupun kita mempunyai pelbagai masalah.

dan seterusnya berpandanglah baik terhadap manusia yang kita nampak dia sentiasa berzikir ke mana sahaja, dan berpandanglah baik pada sesiapa yang melakukan kebaikkan sama ada yang terang iaitu yang kita ketahui atau yang tersembunyi. Jangan berpandang serong pada umat islam yang berkupiah dan bertudung labuh. Kerna mereka juga insan biasa tetapi sekurang - kurangnya mereka berusaha meminimunkan dosa yang ada pada mereka.

Saya akui, untuk menjadi terbaik iaitu hamba Allah yang sentiasa patuh pada suruhanNya dan menghindar segala laranganNya adalah sesuatu yang payah di lakukan oleh umah islam akhir zaman kerna godaannya terlalu hebat. Tapi kita kena yakin, dunia ini adalah satu tempat yang sementara dan tidak akan kekal. Adakah patut kita tergoda akan nya?

Sehinggakan terlupa pada kehidupan yang patut kita utamakan? kesedaran demi kesedaran akan luntur jikalau hati kita sendiri tidak merasa insaf di atas kebesaran Allah. Mengapa terjada sedemikian? kerna kebanyakkan umat islam terlalu mengikuti nafsu mereka dan terikut dengan godaan syaitan secara terus menerus dan menyebabkan tiada lagi keinsafan pada diri mereka dan hanyut tanpa hala tujuan hakiki apabila tiba hari kiamat. Yang demikian, Hanya hidayah dari Allah yang dapat menolong mereka keluar dari terus menerus melakukan kemaksiatan dan kemungkaran dalam diri mereka. Jadi, akhirnya tepuk dada tanya iman atau pun nafsu anda. Sama ada anda masih menyediakan alasan untuk kekal dalam kemaksiatan atau mengorak langkah untuk bertaubat ke jalan Allah. Hanya Anda yang mampu membuat pilihan...Salam

0 comments: