BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Bismilah..

Al - Quran Online dan Tafsiran

Listen to Quran

Friday, December 30, 2011

7 Sumber Kebahagiaan Dunia

Adakah anda rasa hidup anda tenang dan bahagia? Hidup anda sempurna dan ceria?

Ramai orang hari ini tidak merasa bahagia? Merasa tertekan dan kecewa. Hati resah dan sakit jiwa. Mengapa?

Ramai orang selalu beranggapan ;

1.Orang kaya itu bahagia
2.Banyak duit itu bahagia
3.Banyak harta itu bahagia
4.Ada rumah besar itu bahagia
5.Ada kereta mewah itu bahagia
6.Ada isteri @ awek cantik itu bahagia
7.Ada suami @ pakwe hensem itu bahagia
8.Orang berjaya itu bahagia

Benarkah begitu? Ada jaminan bahagia kah dalam semua itu? Jadi di mana bahagia?

Sahabat semua. Apakah erti kebahagiaan? Apakah erti ketenangan?


Dikatakan kebahagian dunia itu boleh dapat dari 7 sumber ;

1.Hati yang selalu bersyukur pada Allah
2.Pasangan hidup yang soleh/solehah (suami yang soleh, isteri yang solehah)
3.Anak yang soleh/solehah
4.Persekitaran yang kondusif untuk iman (suasana agama yang dapat mempertingkatkan keimanan)
5.Harta yang halal
6.Jazbah @ semangat untuk memahami agama
7.Umur yang diberkati

Cuba periksa diri. Muhasabah hati. Bahagia kah kita? Adakah hidup kita kini tenang dan bahagia?



(Surah ar-Ra’d : Ayat 28)

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang!”

Tip Mudah untuk jaga hati agar sentiasa bersih dan suci

Baca, faham, amal dan sebar-sebarkanlah.

Tips mudah untuk jadikan hati sentiasa bersih dan tetap hidup
1) Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

2) Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

3) Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati. Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor.

Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Maka, bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan bahawa kita ni adalah mukmin sejati!

Mati Hati Vs Hidup Hati

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

1.Hubbun dunia (kasihkan dunia)
2.Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
3.Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.


Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

1.Zuhud dengan dunia
2.Zikrullah

3.Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

10 Tanda HATI yang mati

10 Tanda HATI yang mati ialah :-


1.Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya


2.Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda


3.Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya


4.Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya


5.Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya


6.Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya


7.Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya


8.Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya


9.Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri


10.Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.


“Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu.” (Riwayat Muslim)


Aamin yaa Robbal ‘aalamiin.

Tuesday, December 27, 2011

Perempuan yang patut di jauhi

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yangMananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.” 


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. 


Wanita Mananah: 
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”. 


Wanita Hananah: 
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. 


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. 


Wanita Baraqah: 
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah: 
banyak cakap tidak menentu lagi bising.