BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Bismilah..

Al - Quran Online dan Tafsiran

Listen to Quran

Sunday, January 31, 2010

Kualiti vs Kuantiti

kita berbangga dengan jumlah umat islam
yang semakin hari semakin meningkat jumlah penganutnya
kita berbangga kerna ramai yang berugama islam
mengganut dari ibu bapa mereka
dan kita bersyukur kerna mereka mengekalkan keislamannya

marah jika orang kafir mempergunakan kalimah ugama mereka
baran kerna orang kafir memperkotak-katikkan ugama mereka
semakin hari semakin ramai penganut ugama mu..
kamu bangga..
kamu syukur..


bangga dengan kuantiti
tapi bagaimana dengan kualiti?
kualiti penting atau kuantiti?

berlabelkan islam
cara permakaian..
pertuturan
perwatarkan
tidak seindah dan sejajar yang di hukum?

umat islam akhir zaman
ramai menganutinya
tetapi keimanan seperti buih-buih ombak
yang bila terhempas berselerakkan
dan ianya tidak kekal lama

sampai bila ianya kekal dalam kuantiti
tapi kualiti?

Wednesday, January 27, 2010

Tazkirah: Pisang dan Hati

Mariam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya", beritahu Cikgu Mariam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Mariam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?", tanya Cikgu Mariam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu", beritahu Cikgu Mariam.

Mariam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya :
Jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Puisi :Sedar la Umat Yang Masih Rasa diri mu islam

Akhir zaman
Tiada lagi malu dalam diri seorang perempuan
Cara berpakaian
Ketat, jarang, melekat
Menunjukkan susuk tubuh mereka
Mereka tidak lagi malu
Apatah lagi segan
Seolah- olah menjadi ikutkan
Idola mereka.
Artis barat
Para remaja perempuan
Artis barat la yang di agung-agungkan
Tiada lagi tatasusila orang islam

Bile bercakap pasal  islam
Mereka akan klasifikasikan
Golongkan kolot
Tidak up to date
Dosa dan noda
Mereka anggap nikmat
Tiada lagi bersalah
Tiada lagi rasa malu
Pada mereka.
Selagi  hidup di dalam dunia ini
Kita mesti menikmati dan berseronok
Falsafah apakah itu?

Perangai tidak seindah nama
Perlakuan yang sungguh memalukan
Mereka mengherdik
Orang yang dikalangan mereka yang menutup aurat
Mereka mengutuk dan mencela
Bila ada orang yang ingin menasihati mereka
Mereka bangga dengan kemaksiatan yang mereka lakukan
Merasa bangga dengan dosa yang mereka lakukan dengan berterusan
Bagi mereka
Orang yang menutup aurat dan orang alim adalah orang yang kolot
Orang yang hiprokit.
Mereka lebih gemar mengikut nafsu mereka
Mereka sukakan pada keseronokkan
Mereka tidak sedar
Mereka telah pun di pinggir kan dari rahmat Allah
Marah?
Jikalau aku menyatakan engkau telah di pinggirkan dari Rahmat Allah?
Tidak puas hati?
Dengan penyataan aku?
Oooohh..siapa aku menentukan yang engkau memang telah di pinggirkan?

Cuba engkau renung pada diri engkau sendiri
Dan kaji adakah aku berkata benar?

Cuba kau renung pada diri engkau sendiri
Adakah engkau menbenci seorang yang ingin menasihati mu ke jalan Allah?
Ada?
Cuba kau renung pada diri engkau sendiri
Adakah engkau berasa bersalah jika engkau melakukan dosa?
Dosa besar, dosa kecil
Adakah engkau rasa bersalah dan sehinggakan engkau lakukan solat taubat?
Adakah engkau rasa bersalah dan tidak tenteram jika engkau meninggalkan solat?
Ada?
Adakah engkau sentiasa mengherdik jika siapa sahaja saudara seislam di kalangan engkau
Datang menasihati engkau
Adakah engkau terima dengan berbesar hati
Atau engkau pula membanding-bandingkan sama ada dia layak menasihatimu?
Siapa kah engkau untuk membanding-bandingkan?
Hokum adalah hokum
Yang salah tetap salah
Jikalau salah dalam kebenaran
Jikalau benar dalam kesalahan
Itu adalah alasan manusia seperti engkau
Mencari remeh dalam melepaskan diri
Tiada yang salah dalam kebenaran
Dan tiada yang benar dalam kesalahan
Salah tetap Salah
Benar tetap benar
Islam itu Mudah tetapi jangan sesekali engkau mempermudahkannya
Islam Itu indah tetapi jangan sesekali engkau salah mentafsirkannya
Islam itu tegas tetapi jangan sesekali engkau mempertikaikannya
Islam itu Benar tetapi jangan sesekali engkau menafikannya
Jikalau engkau merasai lebih dari satu yang aku katakan
Merasa benci pada alim ulama
Merasa ingin mencerca jikalau ada yang ingin menasihati
Merasa mual jikalau ada yang bercerita tentang keimanan
Itu la orang yang terhindar dari rahmat Allah
Ingat!
Sebesar zarah pasti akan dihitung amalan engkau didunia
Maka sedarlah wahai umat islam
Yang engkau rasa pada diri engkau ada nur islam
Sedarlah wahai umat islam
Sementara pintu taubat
Masih terbuka


Cerpen : Derita Bahgia


“Sal...Sal!!”...jerit Mak Mah kepada anak gadis nya yang sedang khusyuk menoreh.
 “Lekas habiskan kerja kamu itu, Mari balik, dah dekat pukul 7 nie, nanti kamu terlambat ke sekolah nanti” Mak Mah memanggil anak perempuan sulungnya yang dari tadi tidak menyahut panggilnya.
Se awal 3 pagi Mak Mah dan Salmah terpaksa bersengkang mata untuk mencari sesuap nasi sekeluarga kerna dek kesempitan hidup mereka sekeluarga. Ketika itu, Salmah masih berusia 10 tahun, terlalu kecil untuk mengerti tentang apa erti kemiskinan. Bagi Salmah, segala suruhan ibu nya adalah satu perkara wajib yang patut dia laksanakan. Begitu mulianya hati seorang anak yang masih mentah untuk membuat kerja-kerja seberat itu.
“Sikit lagi mak...tunggu” sahut Salmah dan tergesa-gesa meyudahkan torehanya pada pokok terakhir.
“Mane ayah kamu, Sal...dari tadi mak tak Nampak pun?” Mak Mah mencari-cari kelibat suaminya, yang juga bersama-sama mereka menoreh di kebun Tuan Samad, Orang kaya yang terkenal di kampong mereka.Isteri Tuan Samad, Mak timah seorang juga orang yang baik dan selalu menolong keluarga salmah di timpa kesusahan.
“Ayah Tadi ckp dia balik, sakit perut katenya...” sahut Salmah lagi.
‘”ooo...Mari la kite balik, nanti kamu terlambat ke sekolah” sambung mak mah.
“Baik la mak, jom balik” sapa Salmah dengan sopan.
Salmah adalah anak sulung perempuan, dia memiliki seorang abang dan dua orang anak perempuan, salmi dan salwa. Salmah merupakan anak kesayangan Mak Mah dan pak bakar. Kadang kala, dia menolong Mak Mah membuat sarapan sebelum pergi menoreh. Ubi rebus dan sambal belacan adalah menu yang paling kerap di hidang sebagai pengalas perut mereka sekeluarga. Pada mereka, sarapan itu adalah paling enak dan mereka bersyukur.
Anak sulung Mak Mah dan Pak Bakar iaitu Salman telah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya iaitu jiran kampong mereka. Sebelum ini Salman seorang anak yang patuh dan tidak menderhaka pada orang tuanya. Setelah berkahwin dengan isterinya, Maimunah, perangainya sedikit demi sedikit berubah kerna asyik mengikut kata isterinya. Oleh kerna Salman menumpang di rumah isterinya dan boleh juga di katakan menumpang kesenangan si isteri menyebabkan Salman tidak boleh membantah kehendak dan suruhan isterinya. Isterinya adalah anak angkat kepada Tuan Haji Saad dan Hajah Zainab telah mengambil Maimunah sebagai anak angkat mereka kerna mereka tidak mempunyai anak. Kesenangan yang melimpah ruah yang diberikan kepada Maimunah sedikit sebanyak membutakan hati Maimunah dan menjadi tamak haloba. Disebabkan itu, Maimunah sentiasa mengherdik suaminya sendiri dan mengugut meminta cerai jika suami nya meminta izin ingin melawat keluarganya.
Begitu buruk perangai Maimunah itu. Tetapi kerna cinta dan sayang Salman yang membuta tuli, Salman menuruti kehendak isterinya tanpa banyak soal. Keburukan perangai Maimunah yang tamak haloba juga, menyebabkan dia sanggup meracuni ibu dan ayah angkatnya.  Kelicikkan strategi kotor Maimunah meracuni ibu dan ayah angkatnya menyebabkan kesan kematian ibu dan ayah angkatnya tidak di ketahui orang kampong. Dia pandai menyimpan perangai buruknya dari diketahui umum termasuk la suaminya sendiri.
Salman pula seperti lembu di cucuk hidung sentiasa menyebelahi isterinya walaupun kadang kala tindakkan isterinya sangat keterlaluan. Hinggakan pada suatu ketika, adiknya Salmah terpaksa ke rumah Salman untuk meminjam beras, Maimunah mengherdik adiknya, Salmah dengan kata-kata keji sebelum memberikan beberapa cupak beras kepada Salmah. Salmah menerima dengan hati yang hiba dan terpaksa menahan kejian saudara iparnya itu. Salmah terpaksa meminta pertolongan Salman dan isteri kerna kadang kala jikalau musim tengkujuh melanda, tiada sumber kewangan untuk mencari rezeki. Salmah terpaksa pekakkan telinga menerima hinaan kakak iparnya demi sesuap nasi. Salman hanya mendiamkan diri, tidak dapat berbuat apa-apa kerna Salman juga menumpang kesenangan Maimunah dan Salman terlalu sayangkan isterinya itu.
“Engkau nie tak tahu malu betul! Asyik nak mintak sedekah jek kat aku…engkau ingat aku nie rumah kebajian ke?”Herdik Maimunah.
“Akak...Sal minta maaf kerna menyusahkan akak…Sal terpaksa meminta simpati akak…Abang...Semenjak dua ini cuaca hujan jek...” hiba Salmah meninta simpati pada abang dan kakak iparnya.
“Ambik nie...” Maimunah mencampakkan uncang ber isi beras ke tanah. Sambil menangis, Salmah mengutip butir-butir beras yang bertaburan di tanah.
“…ingat senang-senang aku nak bagi, rasa kan kalau nak makan percuma… kutip la hahahahha” gelak Maimunah dengan kepuasan menghina adik iparnya.
Salman menghampiri adik perempuan yang disayanginya dengan rasa hiba di atas perbuatan isterinya dan cuba ingin menolong adiknya mengutip beras yang bertaburan di tanah.
“Sabarlah Salmah...Maafkan abang...Abang tidak terdaya untuk menghalang perbuatan akak ipar Sal… ber….”belum sempat Salman menghabiskan ayat, suara Maimunah menyebabkan salman tersentak.
“Sudah, abang...tak perlu tolong adik abang tue.tahu nak minta makan percuma jek...Ingat kite nie mengecap duit ke?”Herdik Maimunah lagi.
“Abang!!…..Sudah...Mari kita masuk…” Maimunah berlalu sambil menjeling hina pada Salmah.
Salman hanya mampu melihat adiknya di hina dan menurut kemahuan Maimunah tanpa banyak soal. Hati kecil Salmah betul-betul kecewa dengan sikap abang sulungnya itu, kenapa begitu dayus dan menurut kehendak isterinya. Kemana pergi nya ilmu ugama yang telah diajar orang ayah?
Salmah berlari anak sambil menangis menuju ke rumahnya.
“Sal...dapat kamu minta beras dari along?” soal Mak Mahdengan nada sayu.
“Dapat, Mak...Tapi….” Salmah tidak sampai hati nak memberitahu pada ibunya betapa dia di hina oleh kakak iparnya. Dia pendamkan di dalam hati sahaja.
“Tapi apa Sal?” soal Mak Mahlagi pada anak perempuannya itu.
“Tak de apa-apa la mak... tapi Sal terjatuh masa sal nak balik tadi, beras habis jatuh…” salmah terpaksa menipu kerna tidak mahu ibunya susah hati dan mengetahui perihal menantunya itu.
“Lain kali hati-hati...dah pergi masak beras tue...adik-adik kamu dah lapar…lauk mak dah masak” balas lembut Mak Mah.
“Baik la mak” akur salmah.
Selama ini, Mak Mah dan Pak Bakar tidak mengetahui perangai Maimunah  kerna setiap kali Mak Mah atau Pak Bakar ingin ke tempat anak sulungnya meminta tolong, Salmah menawarkan diri untuk ke sana dan tidak membenarkan ayah dan ibunya berjumpa kakak iparnya.
Kadang kala Mak Mah dan Pak Bakar berasa hairan juga tentang anak sulungnya Salman. Semenjak dia berkahwin dengan Maimunah, tidak pernah sekali pun Salman membawa balik isterinya ke rumah usang ini dan asyik memberi alasan Maimunah sebuk dengan urusan keluarganya. Hairan, kerna sudah 5 tahun mereka berkahwin, mereka tidak lagi dikurniakan seorang anak. Apalah yang disebukkan sangat. Tetapi Mak Mah dan Pak Bakar tidak mengambil kisah sangat kerna mungkin benar-benar menantunya itu sebuk pada fikirannya.
“Salmi….Salwa….masuk…dah magrib nie” jerit Mak Mah pada 2 orang anak perempuannya yang sedang asyik bermain.Salmi dan Salwa adalah anak kembar Mak Mah dan Pak Bakar.Mereka masih berumur 6 tahun. Masih tidak mengerti kesusahan.
Mah Mah meniti tangga rumah usang yang didirikan oleh Pak Bakar sedekad lalu dan masih kukuh kerna menggunakan kayu cengal yang di carinya sendiri didalam hutan ketika Pak bakar masih muda.
Walaupun kehidupan mereka dihimpit kemiskinan, kadang kala terpaksa berhutang, tetapi mereka bahgia sekeluarga. Begitu la rutin harian mereka untuk menjalani kehidupan. Pak Bakar terkenal dalam kampong sebagai seorang yang alim dan pandai tentang ugama selalu menasihati anak-anak nya Akan keEsaan Allah serta mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya. Alhamdulilah, kesemua anak-anak Pak Bakar mematuhi segala nasihat yang diberikan dengan taat.
Pak Bakar adalah suami yang bertanggungjawab, selain dia menoreh di kebun Tuan Samad, pada petang harinya, Pak Bakar menghabiskan masa nya di sawah padi, juga mengambil upah menanam padi dan membanting padi. Kehidupan mereka boleh di ibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
 “Mah..Mah masak apa tue?” soal lembut Pak Bakar pada isterinya, Mak Mah.
“Masak lemak nangka muda, abang. Makanan kegemaran abang, nie” jawab Mak Mah lagi.
“Wah, sedap itu. Tak la Abang kempunan mata celik nanti kalau Abang mati”seloroh Pak Bakar.
“Abang…ape abang cakap nie, Mah tak suka dengar la...” sedih Mak Mah mendengar kata-kata suami yang disayangi nya itu walaupun Pak Bakarmenganggap sebagai satu gurauan.
Mak Mah dan Pak Bakar tidak menyedari perbualannya didengari oleh anak perempuan sulung kesayangan nya, Salmah. Terdetik sayu hati kecil salmah setelah mendengar seloroh ayahnya. Perasaan Salmah tiba-tiba berubah, macam-macam di fikirnya. Kematangan fikiran Salmah kadang kala menyebabkan Salmah terlalu memikirkan perkara yang lebih dari jangkauan kanak-kanak seusia dengan nya. 
Semenjak dua kini, kelihatan Pak Bakar semakin kerap berjaga malam bersolat tahajud, hajat dan kekadang Salmah terjaga mendengar ayahnya teresak-esak menangis ketika solat. Terdetik hati kecil Salmah, mengapa begitu pelik ayahnya itu.
“Mak...mak perasan tak ayah semenjak dua ini?” soal Salmah kepada mak mah.
“Kenapa sal?” jawab Mak Mah berasa pelik dengan soalan anak perempuan nya itu.
“Ayah semenjak dua ini kerap berjaga malam...kekadang Sal Nampak ayah menangis la mak..Sal betul-betul pelik” Sal meluahkan apa yang terbuku di hati nya dan betul-betul ingin kepastian sama ada ibu nya boleh mengungkai persoalan yang bermain dalam fikirannya.
“Betul juga itu...Mak juga perasan,tapi beribadah kan elok..Ayah kan ada ajar Sal, Kita sebagai orang islam, ibadah itu kena la kita lakukan walaupun pada ketika senang juga susah sebagai bekalan akhirat, betul tak Sal?” huraian Mak Mahkepada anak perempuannya itu.
“Betul la, Sal pernah dengar ayah ada nasihat pada Sal, mak…”Salmah mengiakan huraian ibu nya.
“Sal pun nak beribadah macam ayah juga la mak, Ayah kata, dunia ini hanyalah sementara, akhirat kekal abadi dan Sal ingat lagi, ayah pernah berpesan, selagi kita hidup di dalam dunia ini, kita kena beribadah kerna soal rezeki, ajal maut tuhan tentukan dan kita kena la menunjukkan sifat bersyukur dengan melakukan ibadat yang wajib dan sunat. Sal ingat tue mak”petah Salmah bercerita tentang ilmu yang didapati dari ayah yang dikasihinya.
Mak Mah begitu terharu dengan kepetahan anak perempuannya bercerita tentang soal akhirat. Mak Mah bersyukur pada Allah, walaupun mereka hidup dalam kemiskinan, tetapi suaminya Berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi anak-anak patuh pada ajaran ugama.Alhamdulilah.
Pada petang jumaat selepas solat jumaat, Pak Bakar tergesa-gesa bersiap-siap untuk ke sawah untuk menanam padi. Bulan ini telah bermulanya musim menanam benih padi. Jadi, berkemungkinan rezeki keluarganya akan bertambah.
“Mah…dah pukul 2 petang nie, abang nak ke sawah nie” kabar Pak Bakar kepada isterinya.
“Abang... cuaca nampak mendung jek nie, cam nak hujan jek petang nie? Tak payahla ke sawah. Bahaya la abg” nasihat Mak Mah kepada suaminya kerna memandangkan cuaca kelihatan mendung tetapi masih awan berkepul-kepul biru dan berarak.
“Tak hujau la mah, awan tue berarak jek, ujan tempat lain tue. Jangan la risau sangat .Kalau abang tak ke sawah, kat mane lagi kite nak cari rezeki. Ini la punca rezeki kite selain dari menoreh…” pujuk Pak Bakar pada isterinya yang terlalu risau sangat tentang keselamatannya.
“Sayang juga isteri aku pada aku” bisik hati Pak Bakar sambil tersenyum.
“Abang...nie bekal abang .Hati-Hati yer abg” nasihat Mak Mah pada suami nya. Nampak raut muka Mak Mah begitu risau dan tidak sedap hati.
“Jangan risau la Mah, abang takde ape ape…doakan abang selamat. Jaga anak kite elok-elok yer…abg pergi dulu” balas Pak bakar sambil mengambil bekalan yang dibekalkan oleh isteri tercinta.
Mak Mah sempat mengucup tangan suami nya, begitu la setiap hari sebelum suami nya ke sawah. Tapi hati Mak Mah betul-betul tidak tenteram dan gelisah pada hari ini tidak pada hari sebelumnya. Tapi Mak Mah menyedapkan hatinya bahwa tiada apa-apa yang berlaku.
Pak Bakar sekadar tersenyum dan mengambil bekalan yang diberikan oleh isterinya di letakkan bakul yang di ikat di bahagian belakang basikal tua yang usang. Basikal tua itu la selalu di tunggang oleh Pak Bakar ke hulu ke hiri mencari rezeki, ke masjid dan juga ke kedai. Basikal tua yang banyak berjasa pada keluarga Salmah seisi keluarga.
Petang itu, Pak Bakar seperti biasa mengayuh basikal menuju ke sawah tempat rezeki ke dua keluarganya setelah menoreh getah. Cuaca semakin mendung, awan berarak semakin padat dan bercantum satu sama lain, tetapi Pak Bakar tidak mempedulikannya.
Setelah beberapa jam berlalu,
“Alhamdulilah…sempat aku habiskan semaian ini, nasib baik tak hujan lagi…” bisik hati kecil Pak Bakar tersenyum. Hari semakin petang, cuaca baru menampakkan taringnya. Hujan renyai mula membasahi kawasan sawah padi.
“Ah…baru nak mula hujau, baik aku cepat-cepat balik.” Bisik hati Pak Bakar lagi.
Di rumah, Mak Mah mulai menampakkan kerisauan.
“Ya Allah, selamatkan Suami ku” doa Mak Mah. Hatinya betul-betul rasa tidak sedap.
Tranggggggg….bunyi kuat kedengaran di dapur rumahnya.
“Sal..!!!...kenapa tue??” jerit Mak Mah yang merasakan Salmah ada di dapur.
“Lauk atas para terjatuh, mak. Kena tiup angin kencang….” Sayup-sayup suara salmah kedengaran.
“Tutup tingkap dapur Tue sal…adik-adik mane??” soal Mak Mah.
“Adik-adik ada dalam bilik…tidur...Sal dah tutup tingkap mak…dan sal dah bersihkan sayur yang jatuh…” balas Salmah sambil menuju di serambi tempat ibunya berada. Salmah memerhatikan kegelisahan ibunya. Dia tahu ibunya Susah hati kerna sudah pukul 6 petang, ayahnya belum lagi kelihatan.
“Mak Mah! Mak Mahhhh!!!”  Kedengaran jeritan memanggil Nama Mak Mak, sayup –sayup kelihatan Bidin, anak tok imam berlari dalam keadaan basah kuyup sambil tercunggap-cunggap menuju ke arah Mak Mah di anjung hadapan.
“Mak Mah…Mak Mah….Pak Bakar…Pak, Baaaaakaaarrr….” Tersekat-sekat bidin ingin menyampaikan sesuatu yang betul-betul membuatkan hati Mak Mah tidak karuan.
“Kenape bidin?? Kenape dengan Pak Bakar??” hati Mak Mah mula dapat menghidu dia akan menerima berita buruk suaminya. Air matanya mulai mengalir...Dengan tersekat-sekat dia bertanyakan berulang kali sambil mengoncang-goncangkan bahu bidin.
“Mak Mah…Pak bakar dah tak de...dia dah takde …Dia kena sambar petir di sawah…..” sayu bidin menyampaikan kabar itu pada Mak Mah….
“Ya Allah….Abang……….” Mak Mah rebah secara tiba-tiba.
“Makkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!” jerit salmah sambil menangis.
Salmi dan Salwa meluru ke arah ibunya yang rebah tiba-tiba tidak sedarkan diri. Mengoncang-goncangkan bahu ibunya yang tidak sedarkan diri.
“Mak! Mak!!! bangun...Bangun Mak!  Akakkk…nape ngan mak …akak…nape ngan makk” jerit salmi dan salwa sambil menangis.
Salmah buntu, fikiran nya berkecamuk.
“Sal, papah Mak engkau ke dalam dulu…Biarkan dia sedar dan tenang dulu...engkau sabar yer Sal…” nasihat Bidin yang betul-betul simpati di atas Salmah, seusia muda begitu menghadapi kehilangan terbesar dalam hidupnya.

“Abang Bidin, Abang Sal dah tahu ke?” soal Salmah.
“Abang rasa abang Sal dah tahu, kot” jawab Bidin.
**
 Di rumah Salman, salman telah mendapat berita ayahnya telah pergi, dia tergesa-gesa untuk pulang,
“Ahh...Nak kemane tue…” herdik maimunah
“Abang nak ke rumah keluarga abang…abang dapat berita ayah abang meninggal...Kena sambar petir” ujur Salman.
“Ahh...Bagus la tue...mati...dari hidup menyusahkan orang...” gelak Maimunah.
“Sampai hati Mai cakap camgitu pada keluarga abang…ini betul-betul keterlaluan…” kemarahan tiba-tiba memuncak di hati Salman, entah kenapa tiba-tiba kekuatan muncul dari dirinya yang selama ini berpendam dan bersabar.
Maimunah betul-betul keterlaluan, dia meluru ke arah suaminya dan ingin menampar muka suaminya yang selama ini tidak sedikit dia hormat sambil berkata
“Selama ini aku bagi engkau makan…engkau dah berani melawan cakap aku yer??” terbeliak mata maimunah sambil mengangkat tangan ingin memukul kepala suami nya sendiri yang sah, tiba-tiba petir bagaikan hali lintar menyambar tangan maimunah sebelum hinggap ke muka salman serta tiba-tiba tanah yang di pijak oleh Maimunah merekah lalu membenamkan kedua- dua kaki Maimunah. Maimunah menjerit kesakitan dan juga tangannya melecur akibat di sambar petir.
“Abanggg….Abanggg Ampunkan Mai Abang…sakittt…arggghhhh…sakit abang…ampunkan Mai, abanggg…” rintih Maimunah pada Salman. Salman betul-betul terpaku dan betul-betul tidak sampai hati melihat isterinya sedikit demi sedikit di telan bumi. Kelihatan darah memancut-mancut dek himpitan daging dan tulang maimunah di selut oleh tanah yang tiba-tiba menarik maimunah ke dalam.
Salman tidak sedar, bahwa selama ini dia telah di perbodohkan oleh Maimunah dengan makanan kotor telah diberikan pada Salman. Di sebabkan itu, Salman seperti orang bodoh menurut kehendaknya. Kelihatan rintihan Maimunah di atas kesilapannya terhadap suami dan dosa-dosa yang dilakukan tidak lagi dapat di maafi oleh Allah, raungan dan jeritan maimunah meminta maaf tidak dihindarkan oleh tanah yang menjerut dia sehingga menenggelamkan hampir keseluruh anggota badan Maimunah.
Dengan rasa simpati terhadap isterinya yang di kasihi, Salman menadah tangan meminta keampunan dari Allah di atas kesilapan dan dosa-dosa isterinya yang lalu.
“Ya Allah, ampunila hamba mu yang berdosa ini Ya Allah” Salman mampu mengangkat dan menadah tangan memohon semoga Allah mengampuni dosa-dosa isterinya sehinggakan begitu azab isterinya terima pembalasan di dunia apatah lagi di depan matanya sendiri. Setelah jasad Maimunah lenyap dari pandangannya, seolah-olah salman bertemu dengan dirinya sebenar dan bergagas meninggalkan rumah isterinya menuju ke rumah keluarganya.
Sementara di rumah keluarga salman,
Salmah memegang ibunya yang begitu lemah setelah menerima berita kematian suaminya tidak dapat menahan kesedihan dan begitu sangat lemah.
“Sal...Saaall…janji dengan mak...kalau mak tiiiiaaadaa…nanti, janji dengan mak...jagala adik-adik kamu…pergi minta pertolongan dengan abang ka…..mu…mu…”suara  Mak mah tersekat-sekat lalu terkaku tiba-tiba.
“Tidakkk tidakkk...Mak…jangan tinggalkan Sal..Mak…Jangan tinggalkan Sal, Mak….Ayah dah tinggalkan Sal...Mak pun nak tinggalkan Sal…tidakkkkkkk…Di mana Sal nak mengadu mak…Di mana Sal dan adik – adik nak mengadu Mak..” salmah meraung tidak sedarkan diri. Mak Mah dah terbujur terkaku di pangkuannya.
Bidin betul-betul terkejut. Inalilah….. Kedua-duanya pergi buat selamanya…
Terdengar sayup-sayup jeritan...”Makkkkk….makkk...maafkan Salman makkk….maafkan salmannnnn…..” suara salman garau kedengaran berlari-lari tidak tentu hala sehinggakan terjatuh-jatuh meluru ke arah Mak Mah….
Suasana ketika itu betul-betul tragis….ketika itu juga, jenazah Pak Bakar mula kelihatan bersama-sama orang kampong...ketika itu juga, orang kampong betul-betul terkejut kerna Mak mah juga telah pergi serentak dengan pak bakar.
Salman berserta adik-adiknya berpelukkan samping menangis.
“Dik…maafkan abang…maafkan abang…abang bersumpah pada diri abang…abang tidakkan abaikan adik-adik abang hingga akhir hayat abang”sumpah Salman pada adiknya kerna dialah satu-satunya tempat adik-adiknya bergantung. Mereka saling berpelukkan di antara satu sama lain.

Hak cipta terpelihara.mencari sinar 2010

Sunday, January 24, 2010

Puisi : Sahabat

Benarkah akhir zaman ini
Sahabat akan pupus?
Apakah pengertian Sahabat sejati sebenar?
Adakah lagi Sahabat Sejati di akhir zaman ini?
Sahabat Sejati seperti Sahabat-Sahabat Nabi

Yang sanggup berkorban Apa sahaja?
Kasihnya Nabi Junjungan kepada Sahabat-Sahabatnya
Yang Sanggup Patuh dan berkorban harta dan nyawa
Keikhlasan dan kemurniannya
Kejujuran dan keberanian dalam menegakkan Agama Allah..

Kini..
Masih ada kah lagi Sahabat seperti zaman Rasullah?
Masihkah ada Sahabat yang sanggup berkorban harta dan nyawa pada sahabat nya?

Masih ada kah lagi ?
percintaan sahabat sejati
bukan atas dasar nafsu
tapi atas dasar semata-mata kerna Allah swt.

Sahabat...
dikala aku gembira..engkau sentiasa berada bersama-sama gelak ketawa
dikala aku sedih..engkau sentiasa berada bersama-sama berkongsi kesedihan
dikala aku keliru..engkau hulurkan nasihat berguna
dikala aku menghadapi dugaan kehilangan orang tersayang..engkau hulurkan bantuan..

indahnya seorang sahabat
sentiasa mendoakan sahabatnya..
sentiasa inginkan sahabatnya berada didalam ketenangan
menutup aib sahabatnya..
sama-sama melayari dugaan dan ranjau bersama..
indahnya persahabatan
jikalau antara sesama sahabat
mengerti erti sebuah persahabatan...


hak cipta terpelihara : mencari sinar 25 januari 2010

Thursday, January 21, 2010

Puisi : Layak kah engkau?


Merenung pada diri
mata yang masih melihat

hidung yang masih menghidu bau an
lidah yang masih lagi boleh merasa
telinga yang masih mendengar dengan jelas
tangan yang masih boleh menyentuh
kaki yang masih gagah berdiri

Masihkah kau merasai diri Agung?
menafikan kewujudanNYa?

lihatlah gunung yang tersergam indah
keindahan alam cakerawara yang sukar digambar
air terjun yang mengeluarkan air tanpa henti
awan yang berarak tidak kenal jemu

terlalu banyak nikmat yang berada di sekeliling engkau
yang engkau sendiri kadang kala tidak sedar 

sehinggakan engkau kehilangannya

Pada ketika 

Mata tidak lagi melihat
Hidung tidak lagi dapat menghidu
Lidah tidak dapat lagi merasa
Telinga tidak dapat lagi mendengar
Tangan tidak dapat menyentuh
Kaki tidak dapat berdiri

Adakah ketika itu, 

baru kau sedari betapa kerdilnya diri mu
pabila nikmat yang selama ini engkau tidak hargai
Agung kah engkau dengan darjat mu?
Penting kah engkau dengan pangkat mu?


Kerdil...hanya untuk engkau..
engkau tidak layak menyandang Agung...
Kerdil..hanya untuk engkau
engkau tidak layak pijak di bumi ini jikalau engkau engkar
engkar perintahNya...

Tak malu kah engkau menikmati nikmatNYA?
sedangkan engkau derhaka  akan perintahNYA?

Tak malu kah engkau?
hidup dalam ruangan CiptaanNYa
Tapi engkau engkar dan alpa suruhanNYa?

Hina nya engkau...
mengambil nikmat yang Dia berikan..
tapi engkar dengan hukum dan perintahNya

Layakkah engkau menetap di dunia milikNYa?
Layakkah engkau????












SubhanaAllah: sama- sama kita hayati liriknya


Wednesday, January 20, 2010

Budak ajaib: SubhanaAllah boleh menjawab soalan berkaitan dengan hukum dengan fasih.


Syarahan Ugama: Budak seusia 8 tahun SubhanaAllah


Puisi : Kotak itu?


Kotak itu selalu membuatkan diri menjadi alpa
Sehinggakan terlupa pada hakikat
terlupa kepada makrifat
alpa tentang kebenaran
alpa tentang pengertian sebenar


mengapa engkau suka khayalan sementara?
tidak kah engkau telah berjanji pada mulanya engkau menjejakkan kaki ke kotak itu
dia hanyala sekadar kotak yang pada satu ketikanya dia pasti akan usang
engkau meng - agung-agung sebuah kotak yang engkau sendiri tahu dia pasti akan musnah?
tidak sedarkah engkau?

aku betul-betul tidak mengerti...
seorang yang terpelajar seperti engkau...
yang telah di terap oleh keluargamu tentang pengertian sebuah hakiki dan khayalan
masih terbuai lena dengan sebuah kotak yang engkau pasti tahu kehancurannya


engkau tetap terbuai...
engkau tetap meng-agung - agungkannya


yang pasti tetap pasti
yang salah tetap salah
sebesar zarah engkau sendiri tahu pasti akan di hitung
sebesar kuman engkau sendiri tahu pasti akan di sukat


aku tahu engkau tahu
aku tahu engkau dah lama tahu
kenapa masih alpa menikmati kelazatan yang engkau sendiri tahu ianya sementara?
kenapa mesti alpa tentang yang engkau sendiri mengaku dengan lidah bahwa dia hanya la sementara???


engkau sedar di dalam sebuah mimpi
engkau tahu tapi engkau tidak mengaku
engkau pandai di sebalik jahil
mengapa jadi sedemikian?


rentetan nafsu..ya nafsu tamak haloba.
kekufuran dalam keimanan yang hanya engkau kutip 
tetapi engkau tidak di tibarkan
kekufuran dalam keimanan yang hanya engkau di simpan
tetapi engkau tidak di amalkan


Kini engkau jadi seorang yang berilmu dalam kekufuran
kerna engkau tahu tapi engkau tidak mengerti
dek kerna nafsu serakah mengejar kotak iaitu Dunia yang engkau sendiri tahu ianya tidak kekal
tetapi engkau masih lagi alpa tentang hakikat yang engkau sendiri pasti sudah tahu


wahai hati - hati alpa
wahai hati - hati mati


aku tahu engkau sudah lama mengerti
aku tahu engkau seorang yang beriman
iman bukan untuk di simpan
iman perlu di amal
jangan sampai iman mu tebal tapi tebal dalam kekufuran


hakcipta terpelihara mencarisinar 21 jan 2010







Tuesday, January 19, 2010

Puisi : Rasa ini


Rasa ini kadang kala sukar di tafsir
rasa ini kadang kala sukar di gambarkan
rasa ini kadang kala sukar di terjemahkan
rasa ini kadang kala sukar di ungkaikan
rasa ini kadang kala sukar di mengertikan


bila ia rasa seperti desiran ombak memecah pantai
bila ia rasa seperti alunan angin yang bergemalai
bila ia rasa seperti ketenangan yang dalam menyapa


rasa ini damai
rasa ini tenteram..


rasa ini segar dalam sanubari pabila rantaian pelbagai rasa yang mendamaikan kalbu
rasa ini seolah-olah bersemi dalam ruangan yang mendamaikan


adakah rasa ini kekal dalam kedamaian..??
hargai la rasa dalam keadaan ini


mungkin belum tentu rasa ini singgah untuk kali ke duanya....

hak cipta terpelihara oleh hawa 20 januari 2010 


aku mula berpuisi kembali...





Monday, January 18, 2010

Mutiara kata

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM.
Bahasa yang paling manis adalah SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.


Puisi : Jika Engkau.....

jika kau sedang merenunginya
sematkan sedikit bayangan ilahi...

jika kau sedang merinduinya..
sandarkan separuh daripada rindumu untuk yang Maha Esa...dan setengah dari separuh dari rindunya untuk Kekasih Allah...

jika kau sedang mimpikannya..
alihkan sedikit tumpuanmu untuk hikmah ilahi...


jika kau rasa dirinya menyuluh sanubarimu..
sematkan rasamu sedikit lebih dari pemberi cahaya rahmat untuk mu

jika kau rasa suaranya penenang jiwamu..
anggapkanlah penenang yang nyata hanya kalimah Allah dalam alunan zikirullah....tiada yang dapat menjadi penenang yang nyata selainnya...

jika kau rasa senyumannya menyejuk hatimu,
cintanya menyeri hamparan hidupmu...dan kau berharap ianya bersemi... sematkanlah di sanubarimu pada ketentuan dari Ilahi...
landaskanlah cintamu hanya pada Jalan Allah..
redhakanlah mengertian mu hanya untukNya..
agar
andai kau berpisah dari perhiasan duniawi mu..
yang kau puja...
kau tidak taksub pada kekecewaan
andai kau tersentuh pada sikapnya..

kau tidak terlalu taksub untuk menghukum...
andai kau dipisahkan darinya untuk selamanya pada masa
kau terlalu menyayanginya...
kau tidak terlalu sedih untuk menerima kenyataan duniawi..
kerana kau telah sematkan....
bertemu dan berpisah hanya untuk Allah...swt..




hak cipta terpelihara : mencari sinar sept 2007

Puisi : Jiwa yang Tenang

jikalau ketenangan tiba-tiba dilanda

badai dan taufan..

untuk seketika..

kenyataan takdir...

hakikat tertulis..

yang baharu...

yang hidup..

ada cabarannya..

cuaca tidak sepanjang cerah..

tengkujuh tidak berpanjangan..

yang pasti ..

yang baharu..

tidak kekal..

pabila ketenangan dirampas semula..

santunkan pada yang satu..

tawakal pada hakikat..

pasakkan naluri dengan niat..

ke akar umbi hanya itu Dia..Ya Rahman..

Jangan..Jangan..

Jangan sekali-kali lupaiNYa..

Hati akan akan bergelora..

Hati akan merana..

yang merana..semakin merana..

yang kecewa semakin kecewa..

kerana Apa!!!..

hati nya telah batu untuk mengingati Kalimah Yang Esa.

jiwa nya telah beku untuk mendekatikan diri dari Penciptanya..

berbahagialah jiwa..

jika tidak lupa ada Yang Menjadikannya..

tenanglah Hati jika..

niatnya seiring dengan Hanya kernaNya..

lakukanlah Jiwa-jiwa sekelian..

lakukanlah hati-hati sekelian...

Jiwa...dan Hati..

jika kau tahu nikmatnya rasa mengingati Pencipta..

ketenangan akan merasai di segenap saluran..

nadi-nadi dalam anggotamu..

walaupun badai datang melanda..

walaupun gelora kembali mencemar hati..

jiwa..dan hati..

kau tetap tabah mengharunginya..

kerana kau yakin..

tiada lagi yang dapat menenangkan badai dan gelori..yang berkunjung kepadamu..

jika kau tahu mencari erti nilai ketenangan yang ada pada mengingati Yang Maha Esa..

Ya Rahman..Ya Rahim....

Amin..



hak cipta terpelihara : mencarisinar sept 2003

Puisi : Hati

hati ini..

adakah hati ini tidak lagi dihargai..

mengapa hati ini selalu disakiti...

mengapa tergamak menyakiti hati ini selalu..

mengapa...??

hati mengapa hati ini selalu dibiar..

tidak lagi di simpan rapi...

terbiar di guris..

merintih..meratap...

hati ini ..

mengapa hati terlalu sakit..

bila di lukai..

mengapa kesannya sukar untuk dirawat..

sedarkah hati terguris sukar dirawat..??

sedarkah..

sedarkah...

tapi mengapa..

mengapa mudah menyakiti hati ini..

murahkah hati ini untuk disayangi..

jijikkah hati ini untuk ditatang..

mengapa..mengapa perlu di duga..

hati..sabar...hati..

Pencipta mu masih lagi menyayangi dirimu..

serahkanlah hati mu untuk Penciptamu..

Dia tidak akan menyakiti hati...

Dia sentiasa bersama mu..

kerana Dia masih dan sentiasa sayang dan kasih

mu..hati...

tabahlah hati..

kuatkanlah semangat mu hati..

biarlah hanya Penciptamu sahaja tempat kamu.merayu..ingin dikasihi...

pergilah bersamaNya..

kamu akan tenang hati...

tenang...Percayalah.


hak cipta terpelihara : mencari sinar april 2005 

Puisi : Dalam Hati ada bicara Cinta

kasih yang tak terluah membawa bencana..

di saat terukir madah dalam belenggu perasaan..

perasaan tak terluah..mendurja hati..

bahana hati tidak terluah..

meranap fikiran..

menghentap perasaan...

kuatkan semangat...

perjuang melawan bicara tanpa pengertian..

terselindung di sebalik lembah hati

tersimpul terkunci rapi..

jangan meranakan hati..

lakukan sesuatu..

seandainya inginkan kebenaran..

ketenangan singgah di lembah hati

yang penuh dengan tanda tanya


hak cipta terpelihara : mencari sinar januari 2004 

Puisi: Kedamaian yang hilang

kemana harus ku khabarkan
kemana harus ku pergi
dunia yang fana menjadikan aku seorang yang tabah
kadang kala tewas
apakah aku cari selama ini?
kehidupan yang seiring dengan tuntutan fitrah?
tabahkah aku mengharung cabaran
dugaan yang tidak putus-putus
datang menguji diri yang kerdil ini
ke mana harus ku tuju
destinasi apakah harus ku tuju
dunia yang penuh cabaran
kadang kala aku tidak mengerti
apakah selama ini aku bersyukur
pada ketentuan yang telah ditetapkan oleh Nya
aku bersyukur...aku pasrah redha di atas ketentuanNya
daripada bergelumang dengan kesenggaraan yang tiada penghujung
makluk seperti ku di luar sana
terlalu merana dan menderita
aku bersyukur kerna di hidupkan di suasana yang tenteram
dia..dia makluk seperti ku
hidup dengan kesengsaraan yang keterlaluan
kemanakah simpati si Zalim
mengapa insan tidak berdosa di dera dan di bunuh tanpa rela
Ya Allah..siapa kah aku
Mengapa aku hanya sekadar melihat dan menahan kesedihan
Siapakah aku..siapakah seperti ku yang hanya melihat kesengsaraan
Mereka seperti ku di luar sana.
mereka seperti ku menangisi penderitaan
mereka seperti ku kehilangan
mereka seperti ku tiada pembelaan
Ya Allah..mengapa aku tidak boleh berbuat apa - apa
aku tidak sanggup melihat penderitaan mereka
tapi siapakah aku untuk membantunya
Ya Allah...aku simpati pada kaum seperti ku yang memeluk agama MU
mengapa mereka di dera sedemikian rupa
Aku mengharapkan ada sinar pada umat mu Ya Allah..
Laknat lah kafir penzalim yang menghukum Umat Mu tanpa Sebab...
Aminn...


hak cipta terpelihara : mencarisinar ogos 2007

Puisi : Sendiri

Melangkah menuju satu destinasi
Cabaran realiti menanti
Gabungan Hati
Mencari Hakiki
Menongkah titian getir
Perlukah Aku tewas
dek Mengikut arus Hati
Realiti di depan mata
Gagah ku tempuh
Biar berpatah arang
Bisa aku lebur
Dek gabungan jasad
realiti hidup
Mencari Si penanti setia
tewas di gelanggang sukma
Merintih di sudut dalam
tersirat
Kecundang
Pasrah..
Hiprokrit perasaan
Bertopengkan Kegagahan
Menongkah Cabaran..
hakikat Si pemilik
Tewas pada satu Kotak
sudut di dalam sukma
merintih pada kekeliruan
Bilakah ianya
Menjadi ruangan kosong
Tenang pada
Seseorang Si pecinta
melunakkan sukma
Mendamaikan jiwa...
Kini..
Sendiri...

hak milik terpelihara mencari_sinar sept 2006 (nama pena ku)

Thursday, January 14, 2010

:::Cerpen: Papa! Bacakan Kuat-Kuat Ye:::

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati
hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang
akan
saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.
Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.
Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap
terlalu manja.

"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak
dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku

baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan.
Serena
mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,
memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah
Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah.
"Kan
papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa?
bacalah,
papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata
dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkah
permata
hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak
menyangka
saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu
dia
beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh
ke
arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan
kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia
menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu,
dua
minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang,
Serena
tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak
lepas
memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan
bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil
tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah
bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap
makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya.
Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.
Tidak
terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu
dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu
seketika,
sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran
mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila
pulak
dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum
meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai
diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku
anak
saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat
hatinya.

"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya
dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu
nafasnya
tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang
mama,
Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil
membuka
matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun
sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya
membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di
tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.

Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan
diri
dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan
cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi
katil
Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan
berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat
mendengar
jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan
sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya
bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak
henti-henti
menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya
terhadap
Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka
matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.
Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk
selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima
kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata
Serena
masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau
setahun
berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang
diperlukan
oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang
bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.